HARI RAYA AIDILFITRI MESSAGE TO THE SINGAPORE MUSLIM COMMUNITY FROM DR YAACOB IBRAHIM, MINISTER FOR THE ENVIRONMENT AND WATER RESOURCES AND MINISTER-IN-CHARGE OF MUSLIM AFFAIRS, 8 PM, 19 SEPTEMBER 2008 [IN MALAY AND ENGLISH]



AMANAT DR YAACOB IBRAHIM, MENTERI SEKITARAN DAN SUMBER AIR DAN MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM, SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI, 1 SYAWAL 1430 HIJRAH (8 MALAM, 19 SEP 2009)

Saudara Saudari sekalian, Salam Aidilfitri.
 
Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam suasana ekonomi yang agak muram. Bagaimanapun, masyarakat Islam masih dapat menjalani puasa sepanjang Ramadan dengan menghayati erti sebenar ibadat tersebut. Malah, kita telah berusaha dengan lebih gigih, untuk membantu golongan yang kurang kemampuan. Alhamdulillah, Ramadan yang baru berlalu telah menunjukkan keimanan, daya tahan dan sikap prihatin kita kepada masyarakat.
 
2.       Seperti rakan-rakan senegara yang lain, masyarakat Islam sentiasa menunjukkan keupayaan tinggi untuk berdaya tahan ketika berhadapan dengan cabaran dan waktu-waktu sukar. Kita sering mendengar usaha individu atau keluarga yang terus bersikap positif dalam menghadapi masalah. Ada yang mendapatkan pekerjaan baru walaupun dengan gaji permulaan lebih rendah, ada yang menjalani latihan dan latihan semula, ada pula yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Mereka begitu pragmatik dengan menyesuaikan jangkaan mereka dan berkorban keselesaan, sebagai pendekatan jangka pendek, demi meraih faedah jangka panjang. Saya puji kecekalan dan ketabahan mereka. Mereka menjadi inspirasi kepada kita semua.
 
3.       Saudara, kita harus bangga, masyarakat kita secara umum tidak mengabaikan pendidikan anak-anak. Malah terus memberi keutamaan terhadap keperluan ini. Pendidikan adalah tunjang yang membolehkan anak-anak kita membina keluarga dan masa depan yang berkualiti. Ia akan membantu masyarakat dan negara untuk terus maju di persada dunia. Agensi-agensi nasional dan badan-badan kemasyarakatan kita bekerja rapat kerana didorong oleh komitmen Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) untuk memastikan tiada pelajar kita yang akan tercicir kerana keluarga mereka menghadapi masalah kewangan. Kalangan peniaga dan para pekerja, walau terjejas dengan kemelesetan ekonomi, terus bermurah hati memberi sumbangan terhadap usaha-usaha kebajikan seperti pendidikan madrasah dan membantu golongan yang memerlukan. Para relawan juga terus menabur bakti dalam pelbagai bidang untuk mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat dan agama.

4.       Kita wajar menyambut Hari Raya kali ini dengan berhemat dan bersikap bijaksana dalam berbelanja. Berjimat adalah amalan yang baik bukan sahaja di musim perayaan, malah pada setiap ketika. Bersikap sederhana dalam perbelanjaan dan menjaga kesihatan, adalah penting bagi faedah jangka panjang. Kita boleh melakukannya dengan berkongsi juadah bersama keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja, tanpa mengurangi keceriaan berhari raya. Kita dapat mengukuhkan silaturrahmi dengan cara yang demikian.
 
5.       Saudara, sedang kita bergembira, marilah sama-sama kita kekalkan amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadan. Kita perlu tingkatkan keprihatinan terhadap keluarga dan diri kita sendiri. Islam menggalakkan kita menjadi individu yang progresif dan berusaha keras mengukuhkan kedudukan keluarga, masyarakat dan negara. Al-Quran mengingatkan kita bahawa Tuhan hanya akan mengubah nasib seseorang itu jika ia berusaha untuk berbuat demikian. Saya bersyukur kerana kita sudah pun melakukan tuntutan ini. Semakin banyak keluarga Melayu/Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan yang baik. Dan di samping itu, mereka terus memberi sumbangan terhadap kemajuan masyarakat. Dalam kita meniti tangga kejayaan, jangan pula kita terganggu oleh pandangan-pandangan sinis. Marilah sama-sama kita bergerak maju mencapai visi sebuah masyarakat Melayu/Islam yang cemerlang. Akhir sekali, saya dan para Anggota Parlimen Melayu/Islam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.


HARI RAYA AIDILFITRI MESSAGE TO THE SINGAPORE MUSLIM COMMUNITY FROM DR YAACOB IBRAHIM, MINISTER FOR THE ENVIRONMENT AND WATER RESOURCES AND MINISTER-IN-CHARGE OF MUSLIM AFFAIRS, 8 PM, 19 SEPTEMBER 2008 (1 SYAWAL 1430 H)
 

My fellow Muslim Singaporeans

 
          We celebrate Hari Raya Aidil Fitri having completed a month of fasting dawn-to-dusk. Over the month, hunger and thirst did not deter us from displaying the true meaning of Ramadan. We put in more effort to remember and help those who are less fortunate. Ramadan reflected our faith, resilience and concern for society.
 
2.              In the past year, like fellow Singaporeans, Muslims have shown resilience in the face of adversity. We have come across inspiring stories of men and women who have remained positive and resourceful – taking on a new job even if it may pay less at the start; going for training or re-training; or even starting a business no matter how humble it may be.  As individuals and families, they took a pragmatic approach – moderating their expectations and making short-term sacrifices for long-term gains. I commend them for their courage and perseverance, and for being an inspiration to us all.  
 
3.              We must also be proud of our community for giving priority to our children’s education. Education will open the doors to a better future for our young, the family, and support the progress of our community and nation. Our national agencies, and community organisations working together as the Community Leaders Forum, are committed towards ensuring that no child loses out on education for lack of means. Our businesses and workers have generously supported charitable and other worthy causes such as our madrasahs and religious education development even though their own incomes have lessened. And many selfless volunteers have given of their time to reach out to the needy.
 
4.              We may be celebrating this Hari Raya having spent less on festive items.  Indeed, exercising moderation is good practice not just for the downturn. Watching our finances and our health is critical for the long-term. But there is no reason to cut back on our joy of coming together as families, friends and colleagues and sharing food, fun and laughter. 
 
5.              As we celebrate, let us also take the opportunity to put together our reflections over Ramadan on the priorities for ourselves and our families. Islam teaches us to be progressive individuals who strive for the betterment and well-being of our families, community and nation. The Quran also tells us that our fate can only change after we have made changes ourselves. And indeed we have been doing that. Slowly but surely, many more families are taking charge of their lives – working diligently, supporting their children’s education – thereby contributing to the progress of society. So let us not be distracted by those who claim otherwise. Let us continue to work together so that our community moves closer to our vision of a Community of Excellence. My parliamentary colleagues and I wish you Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir Batin.
 

_