Media Relations Division, Ministry of Information,
Communications and the Arts
Tel: 6837-9666
AMANAT PERDANA MENTERI SEMPENA HARI
BURUH 2005
1. 2004 adalah tahun yang baik bagi
Singapura dan pekerja kita. Ekonomi kita
telah bangkit daripada krisis luaran yang melanda kita satu demi satu dan
kelembapan yang berpanjangan. Kita telah
mewujudkan lebih daripada 70,000 pekerjaan.
Kadar pengangguran juga merosot kepada 3.7%. Ini adalah hasil usaha rakyat Singapura yang bekerja
berganding bahu, kekal bersatu untuk tujuan yang sama, serta sama-sama membuat
pengorbanan.
2. Pada tahun ini, kita menjangkakan
ekonomi akan tumbuh di antara 3-5%. Setelah mencapai pertumbuhan yang tinggi
pada 2004, ini adalah satu prestasi yang baik.
Pertumbuhan kita dalam suku tahun pertama adalah rendah. Sebahagian
besarnya adalah kerana keluaran sektor bioperubatan dari bulan ke bulan sangat
tidak menentu. Saya tahu bahawa para
pekerja berasa khuatir sedikit, sebab penciptaan pekerjaan bergerak perlahan, dan
beberapa pemberhentian kerja yang besar dalam perancangan. Tetapi, pada keseluruhannya, jangkaan
pertumbuhan ekonomi rantau ini dan rakan-rakan dagang kita yang utama kekal
positif, dan akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi kita sendiri.
3. Apa yang paling penting ialah Singapura
telah mengekalkan daya saingnya walaupun terdapat persaingan sengit. Kita terus menarik kegiatan-kegiatan baru
dalam perkilangan dan perkhidmatan.
Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) mencatatkan pengendalian bilangan
kontena yang paling tinggi. Lapangan
Terbang Changi mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat penerbangan. Banyak negara bimbang yang mereka akan kehilangan
pekerjaan akibat penyumberan luar tetapi Singapura masih berjaya menarik
bilangan pekerjaan daripada syarikat-syarikat luar negeri. Selagi kita kekal bersaing dan bersikap
responsif, rakyat Singapura boleh berasa yakin bahawa mereka akan dapat mencari
pekerjaan.
4. Memandang ke hadapan, tiga tren utama
akan menimbulkan cabaran besar kepada ekonomi Singapura.
5. Pertama, sebuah
6. Singapura kini adalah salah sebuah
7. Kedua, penduduk kita semakin meningkat
tua. Ini adalah tren global yang berlaku
di semua negara maju. Apabila lebih
ramai rakyat Singapura bersara, jaminan kewangan mereka menjadi keprihatinan
yang penting. Sistem pencen di
negara-negara lain sedang menghadapi berbagai masalah. Semakin ramai penduduk menikmati pencen untuk
tempoh yang lebih panjang, tetapi mereka yang bekerja dan membayar cukai untuk
membiayai skim-skim pencen ini semakin berkurangan. Sistem-sistem pencen ini
tidak dapat bertahan jika keadaan ini berterusan dan pemerintah mereka telah menyedari
bahawa mereka tidak dapat memenuhi janji-janji mereka kepada rakyat.
8. Mujurlah sistem Tabung Simpanan Pekerja
(CPF) kita yang berasaskan simpanan individu adalah teguh. CPF akan menyediakan pencen persaraan asas
untuk kebanyakan rakyat Singapura. Tetapi
simpanan CPF sahaja tidak mencukupi buat semua pekerja. Kita mesti mencari jalan untuk menguatkan
lagi jaminan kewangan mereka pada usia tua.
9. Satu cara ialah mendapatkan pulangan
yang lebih tinggi dari simpanan CPF mereka menerusi pelaburan jangka panjang
yang cermat. Pemerintah sebelum ini
telah mengkaji rancangan untuk mengenalkan pelan-pelan pencen yang diurus pihak
swasta, tetapi pihak industri bimbang mereka tidak dapat menarik jumlah peserta
yang mencukupi dan skim itu tidak akan menguntungkan. Orang awam juga bimbang mengenai risiko
pelaburan mereka. Oleh itu, kita sedang
mengkaji semula isu ini dengan teliti, untuk mencari contoh-contoh yang lebih sesuai
dan menguntungkan yang boleh memanfaatkan para pencarum CPF.
10. Satu lagi pendekatan ialah untuk
membolehkan para pekerja bekerja lebih lama lagi supaya mereka dapat terus meraih
pendapatan dan mengumpul lebih banyak wang simpanan untuk menampung persaraan
mereka. Ini adalah satu cabaran yang
rumit. Ia bermakna meningkatkan
kemahiran para pekerja, mengubahsuai keadaan kerja supaya ia lebih sesuai
dengan pekerja, melaksanakan syarat-syarat pekerjaan yang lebih fleksibel dan
mengubah minda majikan yang di amalkan sekarang. Jawatankuasa Tiga Pihak sedang mengkaji
isu-isu ini dengan lebih mendalam dan akan mengemukakan saranan-saranan mereka
dalam beberapa bulan lagi.
11. Ketiga, ekonomi kita akan terus disusun
semula, didorong oleh kemajuan teknologi dan globalisasi. Pusing ganti kakitangan dalam perusahaan-perusahaan
dan perniagaan-perniagaan akan terus berlaku.
Pengangguran struktural merupakan satu masalah yang membesar, apabila
para pekerja beralih daripada satu perusahaan kepada perusahaan yang lain.
12. Pelaburan-pelaburan baru yang kita bawa
masuk akan mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baru.
Tetapi kita mesti memberi perhatian lebih kepada golongan-golongan
tertentu yang sukar mendapat pekerjaan.
Kita sedang mereka semula pekerjaan-pekerjaan yang sedia ada untuk
menjadikannya lebih menarik, lebih produktif dan memberi gaji yang lebih
baik. Ini akan membantu rakyat Singapura
yang berkemahiran rendah dan kurang pendidikan, yang mendapati amat sukar
menjalani penyusunan semula.
13. Kita juga mesti mempunyai
institusi-institusi dan amalan-amalan yang betul untuk membolehkan kita membuat
penyesuaian dengan perubahan-perubahan yang terus berlaku. Institusi yang paling penting adalah sistem
kerjasama tiga pihak yang membolehkan kita untuk bertindak secara kolektif bagi
kepentingan bersama kita. Tambahan pula,
pasaran buruh, termasuk sistem-sistem gaji dan amalan-amalan pekerjaan,
mestilah menjadi lebih fleksibel, supaya kita tidak akan tersepit dan tersalah
langkah dan tidak burupaya menyesuaikan diri apabila dunia terus berubah.
14. Setiap satu daripada cabaran-cabaran ini boleh menjayakan atau
menggagalkan kita. Jika kita hanya berdiam
diri dan tidak berbuat sesuatu, kita akan menjadi tidak relevan dalam masa yang
singkat. Jika kita menghakis etika kerja
dengan terlalu bermurah hati memberi subsidi dan geran, kita juga akan
gagal. Perbelanjaan Pemerintah akan
melambung, dan cukai pasti naik. Lebih membahayakan,
kita akan mematahkan semangat rakyat kita untuk bekerja kuat dan maju, dan ini
akan menghindar bakat dan pelaburan dari datang ke sini. Mengamalkan dasar kebajikan mungkin merupakan
satu jalan pintas yang sangat menarik, tetapi ia adalah satu jalan buntu yang
merbahaya. Seperti yang telah dialami
oleh negara-negara lain, ia membawa krosakan besar kepada pekerja kita dalam
jangka masa panjang.
15. Tetapi
rakan-rakan kerjasama tiga pihak melakukan perkara-perkara yang betul. Pendekatan kita adalah praktikal dan
pragmatik. Kita membantu rakyat
Singapura mengekalkan keupayaan mereka untuk terus bekerja. Kita menyesuaikan
diri kepada perubahan-perubahan yang tidak dapat dielakkan, dan bukan
menentangnya. Menerusi CPF dan tokokan-tokokan
Medisave, skim U-save (skim rebat perbekalan) dan Dana ComCare, kita membantu
rakyat Singapura untuk menghadapi perubahan-perubahan ini, terutama sekali
mereka yang amat memerlukannya. Kita mengambil
langkah-langkah untuk mengembangkan ekonomi, mewujudkan lebih banyak pekerjaan, dan
menyediakan rakyat Singapura dengan kemahiran dan peluang-peluang untuk menyara
diri mereka dan keluarga mereka.
16. Saya
gembira bahawa kesatuan-kesatuan sekerja menyokong sepenuhnya pendekatan ini.
Mereka memahami kepentingan jangka panjang terbaik bagi para pekerja. Untuk bergerak ke depan, kita mesti terus
mencapai yang maksimum untuk negara kita, dan menerusi usaha-usaha individu dan
kerjasama tiga pihak, menjadikan Singapura sebuah tanah air yang kaya peluang
untuk semua rakyat Singapura, baik muda mahupun tua.
17. Saya
mengucapkan selamat Hari Buruh kepada semua rakyat Singapura.
________________________