Media Relations Division, Ministry of
Information, Communications and the Arts,
Tel: 6837-9666
(Abridged Version)
AMANAT HARI KEBANGSAAN 2004
“Memastikan Singapura Terbang Lebih Tinggi”
Saudara-saudari setanah air,
Semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada
“untuk memastikan agar Singapura bertambah maju dan makmur
setelah pengunduran Encik Lee Kuan Yew; untuk mencari satu
pasukan baru lelaki dan wanita
bagi membantu saya meneruskan tugas yang dimulakan oleh beliau dan
rakan-rakan beliau; dan untuk membina
sebuah negara yang berwibawa dan berbudi
pekerti dengan rakyatnya menikmati hidup secara terhormat,
mampu memenuhi aspirasi dan mengambil
berat antara satu sama lain.”
Empat belas tahun telah berlalu. Walaupun amanat Hari Kebangsaan ini adalah yang terakhir bagi saya, saya
berucap kepada anda dengan rasa
senang hati.
Ekonomi kita telah berkembang pesat. Masyarakat kita kini lebih berihsan, terbuka dan berbudi
bahasa.
Kita telah membentuk sepasukan pemimpin muda yang berkebolehan. Sebagai sebuah masyarakat,
kita telah menjalin ikatan yang lebih erat. Sebagai sebuah negara,
kita bertambah matang. Kita lebih
yakin pada diri kita dan
pada pendirian kita.
Tujuh tahun pertama membawa hasil sangat lumayan. Kita bahagikan
hasil itu kepada rakyat dan
membantu rakyat Singapura yang berpendapatan rendah.
Tujuh tahun berikutnya keadaan menjadi sukar. Pertama, Asia Tenggara dilanda Krisis Kewangan
Namun, kita tidak menyerah kalah. Kita bersatu
dan bangkit semula. Kita berusaha mengembangkan
ekonomi kita.
Kita berganding mengatasi SARS.
Ia
merupakan masa yang menakutkan. Beberapa orang yang kita kasihi terkorban. Itulah masa paling sedih
sepanjang saya dalam pemerintah.
Tindakan
tegas kita secara bersama menentang SARS dan krisis-krisis lain telah mengukuhkan keyakinan saya tentang masa
depan Singapura.
Kita telah mengharungi masa-masa sukar bersama-sama. Kita tidak pasrah. Bahkan, semangat kita
semakin teguh.
Saudara-saudari setanah
air, inilah yang amat saya banggakan - semangat perjuangan, kewibawaan rakyat, jalinan kukuh dan perpaduan
sosial.
Ramai orang melahirkan rasa terima kasih
kepada saya kerana mentadbir Singapura.
Malam ini, saya pula
berterima kasih kepada anda. Saya telah diberi peluang memimpin Singapura. Saya tidak mampu memikul
tanggungjawab ini sendirian. Saya amat menghargai sokongan anda. Begitu juga sokongan rakan-rakan Kabinet, para Anggota Parlimen
dan Parti saya. Saya ucapkan terima kasih kepada anda
semua dari lubuk hati saya.
Tugas membawa negara kita ke
tahap selanjutnya kini terletak di
bahu pemimpin generasi seterusnya. Bagaimanakah kita boleh letakkan
Singapura ke tahap yang lebih tinggi dan lebih
jauh? Izinkan saya berkongsi pengalaman penting yang saya pelajari sepanjang
14 tahun.
Pertama, masa
depan Singapura bergantung kuat kepada komitmen rakyat terhadap negara.
Kekayaan harta benda semata-mata tidak cukup untuk
memastikan rakyat berakar-umbi di Singapura. Yang lebih penting
ialah perasaan dan bibit-bibit yang boleh menjalin ikatan antara rakyat
dengan Negara. Antaranya ialah nilai-nilai
bersama dan kenangan indah, keluarga dan rakan-rakan,
kemajuan bersama dan komitmen kita
kepada sebuah masyarakat di mana
setiap orang berpeluang mencapai potensi masing-masing. Saya percaya rakyat
akan lebih
mencintai Singapura apabila berasa diri mereka dihargai
dan diberi peluang untuk sama-sama
membentuk masa depan negara.
Faktor penting kedua untuk memastikan
Singapura terus maju ialah rasa
saling percaya antara masyarakat berbilang kaum dan juga antara
rakyat dengan Pemerintah. Pendedahan jaringan Jemaah
Islamiyah (JI) setelah peristiwa 11 September telah memeranjatkan masyarakat kita. Saya bimbang episod
itu boleh merosakkan rasa yakin antara masyarakat
Islam dengan masyarakat
lain.
Saya masih ingat sesi dialog pertama kami bersama
pemimpin masyarakat dan agama di Panggung
Kallang. Rasa bimbang
itu memang ketara. Kami jelaskan mengapa
pemerintah menangkap anggota JI dan ia tidak
ditujukan kepada orang Islam. Kami menggesa masyarakat bukan Islam agar mendekati masyarakat Islam.
Kami juga menggesa masyarakat Islam agar lebih berintegrasi dengan masyarakat lain.
Saya rasa lega apabila peserta
demi peserta - Islam dan bukan Islam - bangun menyokong tindakan Pemerintah. Mereka mengutuk plot pengganas sebagai perbuatan melampau beberapa individu.
Kita dapat tangani
isu kaum dan agama secara terbuka kerana keutuhan keyakinan bersama yang telah kita bina selama
ini. Kita telah
mengukuhkan lagi keyakinan bersama daripada pengalaman kita mengendalikan episod JI.
Faktor penting
ketiga untuk kejayaan masa depan
Singapura ialah mutu kepimpinan nasional.
Rakyat Singapura, secara semulajadi, kurang terdorong ke dalam
politik. Jadi, kami perlu secara sistematik mencari orang berwibawa
dan berkebolehan, memujuk mereka menjadi Anggota Parlimen dan Menteri.
Dan sekurang-kurangnya, seorang daripada mereka akhirnya, harus mampu mengambil
alih teraju kepimpinan Singapura.
Politik bukanlah
darah daging saya. Saya telah diminta bertanding dalam pilihanraya tahun 1976. Saya bersetuju. Saya anggap ia
satu tanggungjawab dan penghormatan untuk berkhidmat kepada negara.
Seperti
Encik Lee Kuan Yew, saya juga amat
memberikan perhatian terhadap soal peralihan
kepimpinan. Peralihan yang dirancang dengan rapi dan
tersusun inilah yang membezakan Singapura dengan negara-negara lain.
Saya telah memimpin Singapura selama hampir 14 tahun. Segalanya berjalan dengan
baik. Ekonomi berkembang kukuh. Pertumbuhan enam bulan pertama ialah 10%. Untuk sepanjang tahun ini, kita boleh
jangka pertumbuhan antara 8% dan 9%. Inilah masa yang baik
untuk saya memindahkan kuasa ke tangan ketua
dan pasukan baru.
Hsien Loong dan pasukannya
akan menghadapi
cabaran yang berbeza dan lebih sukar. Dunia kian tidak menentu. Sekitaran ekonomi global akan
lebih bersaing. Kita perlu menerima bahawa pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran akan
berpindah ke negara-negara kos rendah.
Hsien Loong juga harus berdepan
dengan perubahan-perubahan asas masyarakat Singapura. Kadar kelahiran rendah
dan warga tua bertambah. Beliau juga perlu mengurus
jangkaan lebih tinggi generasi muda. Lebih ramai rakyat
Singapura akan
tinggal dan bekerja di luar
negara. Beliau harus pastikan perasaan keSingapuraan mereka terus berkekalan.
Saya yakin akan
kebolehan Hsien Loong dan pasukannya. Mereka bersedia membawa Singapura ke tahap
yang lebih tinggi. Tetapi mereka tidak dapat melakukannya secara sendirian. Mereka juga memerlukan
sokongan padu dan penyertaan aktif anda untuk
terbang lebih tinggi.
Saya berasa selesa kerana dapat
melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada masa
yang saya tentukan sendiri. Saya berbuat demikian dengan penuh yakin
akan masa
depan Singapura. Kita mungkin akan
hadapi badai dari masa ke
masa, tetapi saya yakin kita
akan dapat mengatasinya.
Saya akan tetap
bersama anda. Hsien Loong telah meminta
saya kekal dalam Kabinet. Saya telah bersetuju.
Esok, apabila kita menyambut
Hari Kebangsaan, saya akan
menyambutnya dengan rasa penuh bangga
untuk Singapura.
Saudara-saudari setanah
air, berkhidmat untuk anda merupakan penghormatan yang paling tinggi dalam hidup saya.
Saya ucapkan Selamat Hari Kebangsaan!
------------