Singapore Government Press Release

Media Division, Ministry of Information and The Arts,

36th Storey, PSA Building, 460 Alexandra Road, Singapore 119963.

Tel: 3757794/5

____________________________________________________________

SPEECH BY MR SIDEK SANIFF, SENIOR MINISTER OF STATE (ENVIRONMENT) AT THE NIE HARI RAYA AIDILFITRI CONCERT ORGANISED BY THE MALAY CULTURAL SOCIETY OF THE SPECIAL TRAINING PROGRAMME AT NIE BUKIT TIMAH, LECTURE THEATRE 1 ON SATURDAY 30 JAN 99, 9.30 AM

 

 

The Director, NIE, Prof Leo Tan

Deans of Schools

Heads of Departments

Head, Special Training Programme

Guests, Trainee Teachers, Ladies and Gentlemen.

 

 

Good morning and Selamat Hari Raya Aidilfitri.

 

 

This is truly a happy occasion as, under one roof this morning, we have the various ethnic races together celebrating Hari Raya, one of Singapore’s celebration, Singapore style. As teachers are highly regarded as role models, all of you have a role to play in imparting this great value of racial tolerance and acceptance of one another’s differences and idiosyncracies. The fact that we are free from ethnic conflicts this far attests to the strong kinship we have and the respect we have for one another’s cultural and religious practices. The Government regards racial harmony as sacrosanct and guards it zealously under the Religious Harmony Act.

 

When one views from a greater national context, one can see evidence that harmony among the various groups in Singapore has manifested in more ways than one. Charity programmes organised every festive season, such as the Sharity Box during Christmas, the Hong Bao Charity Box during Chinese New Year, the Deepavali Charity Box during Deepavali and the Aidilfitri Charity Box or Tabung Amal Aidilfitri, TAA for short, during Hari Raya, have seen mentionable success in obtaining donations from every sector of society, without regard for race or religion. This is an achievement that every Singaporean should be proud of.

 

Let me now continue in Malay to speak about the Aidilfitri Charity Box (TAA), its achievements so far and our expectations of our teachers as we step into the new millenium.

 

Setiap kali datang Syawal, setiap kali itu akan kita tinggalkan Ramadhan yang mubarak dan penuh barakah itu. Di sana-sini pada bulan Ramadhan, umat Islam akan melipat-gandakan amalan ibadah masing-masing. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam akan meningkatkan lagi taraf ketaqwaan diri dengan berpuasa, bersolat tarawih dan witir, berzakat dan sentiasa memikirkan kebajikan diri, keluarga, masyarakat dan agamanya.

 

Tabung Amal Aidilfitri (TAA), sejak diajukan tujuh tahun lalu, merupakan manifestasi umat Islam di Singapura dalam mewujudkan Budaya Memberi khususnya kepada anak-anak kita atau generasi masamuka. Pada mulanya, di tahun 1992, sumbangan berjumlah $260,000 telah dapat dikumpulkan dan dua tahun lalu, jumlah yang dikumpulkan telah meningkat sejuta dolar. Tahun ini, di tengah-tengah kegawatan ekonomi dan tabung-tabung dari badan lain berada di kawasan Geylang, kita masih dapat sokongan yang kukuh. Di pagi Raya sahaja, kita dapat sumbangan sebanyak $850,000, lebih daripada ¾ juta dolar yang dijangkakan. Mudah-mudahan pada tahun 2001, apabila TAA berumur 10 tahun, kita telah membawa masyarakat kita dari Budaya Memberi sekarang ini ke arah Masyarakat Pemurah - klimaks manusia dan kemanusiaan. Ini perlu kita lakukan dengan sedar kerana nilai-nilai baik tidak datang menggolak.

 

Esok, 31 Jan 99, melalui Ikhlas-TAA di TV12, kita mengharapkan sumbangan yang berjumlah $850,000 sekarang akan menjangkau 1 juta dolar yang kami harapkan itu. Bersama-samalah kita berdoa dan berikan ikrar anda dengan menalipon di nombor 2563655 esok pada jam 8.30 hingga 10.30 malam.

 

Para guru khususnya perlu tampil ke hadapan dan melibatkan diri dalam usaha-usaha kebajikan. Guru merupakan nadi yang membimbing dan memimpin gerakan kemasyarakatan sebegini. Mereka perlu ke depan sebagai tenaga berfikir, mengatur dan berpengaruh untuk bertindak dan melaksanakan usaha-usaha kebajikan ini. KGMS telah melibatkan dirinya. Saya harap anda juga begitu.

 

Dalam menangani usaha-usaha begini, tenaga muda diperlukan. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Kita perlu 3-4 golongan perlapis. Guru bukan sekadar mengajar Bahasa Melayu sahaja. Malah, anda perlu berinteraksi dengan murid-murid dan juga menabur tenaga dan bakti untuk masyarakat. Waktu kami di KGMS dahulu, ianya berlaku secara spontan. Saya yakin ini masih berterusan. Perubahan bererti ‘idea’ baru, paling tidak pendekatan baru.

 

Alaf baru adalah alaf KBE (‘knowledge-based economy’). Melalui pengajaran anda, anda perlu selitkan gagasan ini. Melaui budaya dan agama yang kita anuti, gagasan ini, cabaran ini dapat sama-sama kita pikuli.

 

Guru-guru kita ini adalah pendorong dan pemaju budaya yang merupakan teras kemajuan bahasa dan bangsa Melayu. Maju bahasa, maju budaya; maju bangsa dan terus negara.

 

 

 

Untuk mencapai kemajuan ini, guru-guru tidak seharusnya statik. Mereka harus maju dalam berfikir, maju dalam tindakan-tindakan yang mereka ambil. Mereka harus luas membaca. Membaca buku dijadikan cara yang paling berkesan bagi memajukan diri dan pembelajaran anak didiknya. Budaya Membaca meluaskan pandangan. Barulah mereka itu guru yang serba serbi guru dan bukan setakat guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu.

 

Selain membaca, guru-guru ini harus juga menulis. Apa yang mereka alami dalam bilik darjah, hubungan mereka dengan anggota masyarakat lainnya, serta pengalaman-pengalaman mereka mamajukan diri dan bangsa, perlu di dokumentasikan. Kekayaaan ilmu ini perlu ditulis dan dilestarikan. Khazanah kesusasteraan kita perlu ditambah dan dimajukan. Kita kurang penulis. Kita masih belum banyak novelis, cerpenis, eseis, kritikus apatah lagi penulis buku-buku bahasa dan linguistik. Kita perlu melahirkan novel-novel yang diterima dunia. Kita perlu melahirkan pujangga, penyair dunia serta orang-orang seperti Ernest Hemingway, Tolstoy dan Jeffrey Archer. Ini tidak akan timbul jika kita tidak membaca dan tidak menulis. Cerminan hidup kita, hidup bangsa kita atau hidup tanah air kita tidak akan ketara jika kita tidak menulis. Pembukanan adalah pensejarahan. Sejarah bukan setakat dilalui; sejarah perlu ditempuhi. Ciptaan anda akan menaikkan citra bangsa dan negara anda. Selamat menulis, merakam hidup dan kehidupannya. Selamat Hari Raya.

 

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Minal Aidihin Walfaizin Walmakmabulin Qullu Amin Wa’antum Bilkhair. Semoga setiap kali kita berhari raya, kita akan menyemarakkan semangat ukhuwah mengerti pengertian aidil fitri ini, iaitu kembali kepada fitrah. Terimakasih.

 

******